UNTUK MAKLUMAN :

> Semua item dipaparkan berstatus 'READY STOCK / AVAILABLE'. Anda boleh terus membuat tempahan jika berminat (kecuali yang berstatus 'BOOKED').

> Inginkan DISKAUN? Buat belian 3 helai - DISKAUN 5% dan 5 helai - DISKAUN 10%. Diskaun berdasarkan Harga Normal.

(Blog ini telah dikemaskini pada 18 OGOS 2017)

Kenali T-Shirt Muslimah.

Tak kenal maka tak suka! Jadi di sini saya nak membawa teman-teman mengenali apa itu T-Shirt Muslimah.

T-Shirt Muslimah adalah pakaian yang materialnya sama seperti t-shirt biasa TETAPI direka untuk memenuhi tuntutan menutup aurat seorang muslimah. Sebab itu ia dinamakan sebagai t-shirt muslimah atau t-shirt labuh. Ia dipakai untuk menggantikan penggunaan t-shirt biasa bagi aktiviti santai harian.

Asasnya T-Shirt Muslimah mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Lengan panjang hingga ke pergelangan tangan. (Info: Memakai sarung lengan yang nipis & ketat bagi menggantikan lengan panjang sebenarnya tidak menutup aurat kerana masih menampakkan bentuk lengan tangan kita.)
  • Baju labuh sehingga menutupi bahagian peha.
  • Material tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh.
  • Material tidak terlalu lembut sehingga mudah melekap pada tubuh dan menampakkan bentuk tubuh.
  • A-Shape- rekaan baju lebih lebar pada bahagian punggung ke bawah, supaya tidak menampakkan bentuk punggung yang biasanya kelihatan ketara jika memakai baju potongan lurus.

Begitu juga saya yang sebelum ini pemakai t-shirt biasa, kini telah memilih t-shirt muslimah sebagai pakaian aktiviti santai saya di luar rumah. Walaupun mulanya agak sukar tetapi tuntutan agama tidak boleh dipandang sepi. Mulanya hanya untuk diri sendiri, akhirnya saya memutuskan untuk turut menjualnya melalui blog niaga ini.

Sekiranya ada kesilapan @ komen bolehlah beritahu saya ^_^!

Salam Mesra,
fauziah @ almaribajuaisyah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...